Rabu, September 09, 2015

iPad 'Monster' Dengan Skrin 12.9 Inci Diperkenal Rabu Ini



Apple akan melancarkan iPad versi baru bersama-sama iPhone baru dan Apple TV baru pada Rabu ini.
iPad baru itu akan dinamakan 'iPad Plus' bersaiz besar dengan skrin 12.9 inci. Difahamkan iPad Mini baru juga akan dipertontonkan kepada umum pada hari yang sama. iPad edisi terbaru ini dikatakan bakal dilengkapi dengan empat pembesar suara dan dua pot mengecaj. Seperkara yang ketara ialah, tablet baru itu nanti akan turut memiliki resolusi 2K dengan ketebalan 7mm. Beratnya adalah sekitar 700g dan dibekalkan dengan bateri 11,000 mAh - jauh lebih besar dan berkuasa daripada bateri iPad Air 2 (7,340 mAh). Apple melihat, iPad dengan skrin yang jauh lebih besar itu akan membezakannya dengan iPhone 6 Plus. Gajet baru ini juga dipercayai akan dilengkapkan dengan aksesori stylus Bluetooth dengan sensitiviti sesentuh.