Selasa, September 15, 2015

Indonesia Sambut Aidiladha Pada Dua Tarikh Berbeza



Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada dua tarikh berbeza iaitu pada 23 dan 24 September ini.Tarikh 24 September bersamaan 10 Zulhijah 1436 itu ditetapkan oleh kerajaan manakala tarikh 23 September pula ditetapkan sebuah organisasi agama yang berpengaruh iaitu Muhamadiyah.Ketua Pengarah Bina Masyarakat Islam, Kementerian Agama Republik Indonesia, Machasin dalam kenyataannya menerusi siaran langsung stesen televisyen tempatan berkata, penetapan tarikh 10 Zulhijah 1436 Hijrah dibuat secara rukyah dan hisab."Tidak ada satupun perukyah dari Aceh hingga Papua yang melihat hilal (anak bulan). Sehingga, pemerintah memastikan 1 Zulhijah 1436 Hijrah jatuh pada Selasa 15 Sept 2015," katanya.Beliau berkata, kerajaan tidak dapat menghalang sesetengah umat Islam di negara ini yang menetapkan tarikh 10 Zulhijah pada 23 September iaitu sehari lebih awal kerana mereka berpendapat 1 Zulhijah 1436 jatuh Rabu ini. - Bernama