Rabu, September 23, 2015

Impian 22 Tahun Farid Kamil Tertunai



Tiga tahun berehat dari kerusi pengarahan, Farid Kamil mengambil peluang bermain sukan Polo.Minat yang terpendam sejak berusia 10 tahun itu akhirnya tercapai apabila pelakon berusia 32 tahun ini berjaya memperoleh lesen untuk memasuki perlawanan Polo.“Pada tahun 2013 saya berjaya mendapat lesen Royal Malaysian Polo Association, setelah tiga tahun saya menunggang kuda.“Dan sudah sekali memasuki perlawanan setelah lima tahun menunggang kuda. Sukarnya untuk masuk perlawanan kerana perlukan lesen, selagi tidak ada lesen tidak boleh masuk perlawanan,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada previu filem Love, Supermoon, baru-baru ini.Selain itu, bukan mudah kata Farid memasuki suatu perlawanan Polo, kerana pemain memerlukan kad lesen.“Bila kita ada lesen itu, baru boleh masuk mana-mana perlawanan baik di dalam negara atau luar negara.“Oleh itu pada tahun lalu, saya memasuki perlawanan Polo di Pekan Pahang dan Insya-ALLAH bulan Disember ini akan berlawan di Thai Polo & Equestarian Tournament,” katanya