Rabu, September 09, 2015

Hrithik Roshan; Kangana Ranaut Nafi Jalin Hubungan Cinta


Sejak beberapa bulan lalu, muncul gosip aktor Hrithik Roshan, 41, bercinta dengan aktres hebat Bollywood, Kangana Ranaut, 28. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Hrithik. “Oh Tuhan, saya tak tahu nak komen apa. Apa yang boleh saya katakan, setakat ini tiada sesiapa di hati saya dan masih lagi ‘single’,” katanya. Hrithik ditemui media India pada pelancaran muzik video ciptaan Honey Singh berjudul Dheere Dheere apabila aktor itu terbabit dalam projek berkenaan. “Lagu itu juga saya tidak tujukan kepada mana-mana wanita,” katanya.


Kangana juga tenang mendengar berita itu dan dia turut menafikan ada hubungan dengan mana-mana lelaki termasuk dengan Hrithik. “Saya masih ‘single’, tetapi belum bersedia untuk bercinta kerana saya tiada masa untuk itu. Fokus saya sekarang terhadap kerja dan watak dalam filem. Menjalin hubungan dengan seseorang adalah satu tanggungjawab besar dan tidak adil mengabaikan dia kerana kesibukan saya. “Sesuatu hubungan diibaratkan seperti menjaga bayi yang sangat memerlukam perhatian. Jika saya bekerja tanpa henti 24 jam sehari, apa akan jadi pada hubungan itu? Cinta itu akan mati dan anda akan menyesal,” katanya.