Rabu, September 30, 2015

Hisyam Hamid Tak Tolak Peluang Berlakon Luar Negara



Membintangi Memori Cinta Suraya yang dilabel sebagai drama tempatan terpanjang setakat ini satu pengalaman cukup berharga pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid. “Alhamdulillah, drama ini satu permulaan yang baik buat saya. Seakan-akan bermimpi apabila ditawarkan menjayakan drama ini.“Walaupun sebelum ini pernah beraksi dalam drama bersiri panjang iaitu Cinta Ibadah, Memori Cinta Suraya jauh lebih panjang. .“Difahamkan drama ini bakal ditayangkan di 10 negara termasuk Mexico dan Turki,” katanya.Hisham turut menegaskan andai ada lamaran berlakon di luar negara selepas ini, dia tidak teragak-agak menerima tawaran itu.“Siapa yang tak mahu belakon di luar negara? Andai ada peluang saya pasti tak tolak.“Ia ibarat bulan jatuh ke riba. Saya tidak ada masalah untuk ke mana-mana negara untuk berlakon,” katanya memaklumkan drama itu menggunakan format sama seperti karya asal, namun di Mexico ia 148 episod. - HM