Rabu, September 02, 2015

Hati Perempuan & Hidayahmu Ramadan Tiket Popular Mustaqim Bahadon


Demi merealisasikan impian berjaya dalam bidang lakonan, Mustaqim Bahadon bukan saja sanggup bekerja keras bahkan tidak kisah bermula dari bawah. Mula dikenali menerusi drama Lara Hati pada 2012, pelakon dan model tinggi lampai ini turut diberi peluang menjayakan beberapa karya termasuk Asmaradana. Nama jejaka berusia 30 tahun ini kembali menjadi sebutan apabila wajahnya menghiasi drama bersiri popular, Hati Perempuan. Meskipun hanya memegang watak sampingan, kehadiran anak jati Perlis ini disedari penonton drama terbabit.



“Hati Perempuan mendapat maklum balas positif penonton. Popularitinya secara tidak langsung melonjakkan nama barisan pelakon termasuk saya. “Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah sejak drama itu bersiaran di TV3. Tawaran datang bersilih ganti. “Drama Hidayahmu Ramadan yang ditayang­kan Ramadan lalu juga membawa tuah kepada saya apabila pengikut di Instagram meningkat puluhan ribu. - HM