Jumaat, September 11, 2015

Hartawan Norway Tawar 100 Hotel Untuk 5,000 Pelarian Syria



Terkesan dengan foto Aylan Kurdi, seorang anak kecil pelarian Syria yang mayatnya terdampar di pantai Turki minggu lalu; seorang hartawan Norway, Petter Anker Stordalen sanggup memberi mereka perlindungan.Lebih unik, beliau yang juga merupakan pemilik Nordic Choice, firma rangkaian hotel antara terbesar di dunia; sanggup menawarkan sejumlah hotel miliknya sendiri untuk didiami secara percuma oleh para pelarian terbabit.Stordalen, 52 tahun, dilaporkan menawarkan kepada penguat kuasa imigresen negara itu untuk menyediakan tempat tinggal transit kepada kira-kira 5,000 pendatang Syria di 100 buah hotel miliknya di seluruh Norway. Pihak berkuasa imigresen akan menerima tawaran tersebut kerana mereka belum berupaya lagi menyediakan tempat tinggal sementara kepada golongan pendatang yang kini mula membanjiri negara rantau Skandinavia itu. - Mynewshub

1 Komentar:

Write Komentar
yangbaik
AUTHOR
11/9/15 8:00 PG delete

Andainya dia seorang Muslim, Pasti pahala berlipat ganda.

Reply
avatar