Jumaat, September 04, 2015

Gym Norman Hakim Beri Peluang Muslimah Riadah Bersama Memey & Abby!



Selalu kita dengar gymnasium menjadi tumpuan kaum Adam, sampaikan ada kaum Hawa yang segan nak join sama kan? Tetapi tak dinafikan juga ada sesetengah gym yang memang ada sediakan bilik-bilik khas untuk kaum wanita. Tetapi apa yang menariknya di Mr. Sado Gym And Fitness yang tak ada di gym lain tentu sahaja dua hari, iaitu Selasa dan Jumaat, yang dikhususkan kepada kaum wanita sahaja bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang untuk beriadah sambil beribadah bersama Memey Suhaiza dan Abby Abadi, menarik bukan? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh follow Instagram Mr. Sado Gym And Fitness, okay!