Jumaat, September 11, 2015

Gambar Separuh Bogel Che Ta; Zain Saidin Hanya Gelak Besar



Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, atau Che Ta menafikan sekeras-kerasnya gambar yang memaparkan wanita dengan raut wajah seirasnya dalam keadaan separuh bogel sehingga menampakkan payudara adalah dirinya. Malah pelakon drama Miss Octopus itu mengakui, suaminya sendiri, Zain Saidin, 31, yang mengetahui bentuk tubuhnya, tergelak besar selepas melihat foto tersebut kerana mengetahui gambar berkenaan adalah palsu. “Saya masih waras dan tidak faham kegigihan orang yang sanggup memalsukan gambar saya sampai ke tahap itu. Gambar itu jelas menggunakan teknik tindanan gambar bagi menampakkan wanita itu seperti saya. “Malah, suami (Zain) hanya tergelak apabila saya menunjukkan gambar tersebut kepadanya kerana dia kenal isterinya yang sebenar,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.