Khamis, September 10, 2015

Farish Aziz Sah Kena Denggi



Penyampai radio Suria FM Sabah iaitu Farish Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Jesselton, Kota Kinabalu (KK), Sabah pada Ahad lalu akibat terkena demam denggi. Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Aziz, 31, berkata dia telah ditahan di wad selepas mengalami demam teruk pada minggu lalu. "Pada mulanya saya mendapat rawatan di klinik biasa. Tetapi lama kelamaan demam saya sangat teruk. Badan menggigil-gigil kesejukan, tetapi suhu badan pula panas. "Kemudian saya terus ke hospital pula apabila berasa badan semakin lemah dan doktor mengesahkan saya dijangkiti demam denggi," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.