Jumaat, September 18, 2015

Farid Kamil, Diana Danielle Menanti Anak Kedua November Ini


Farid Kamil teruja berkongsi berita tentang kehamilan isterinya, Diana Danielle yang sedang sarat mengandungkan zuriat kedua mereka, dan dijangka bersalin pada bulan November!


"Doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini. Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan. Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami,” jelasnya kepada mStar Online.