Jumaat, September 11, 2015

Erin Malek Nafi Sudah Bersalin, Gambar Bayi Kembar Palsu



Jika sebelum, tersebar khabar angin kononnya Lisa Surihani telah selamat bersalin, perkara yang sama menimpa pula kepada pelakon genit Erin Malek. Semuanya gara-gara artikel yang menyebarkan gambar palsu bayi kembar yang bertulis tahniah Erin Malek atas kelahiran bayi sulungnya itu. Berikutan itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan menghubunginya. Bagaimanapun, isteri kepada Farriz Fauzy ini menafikan berita yang tersebar tersebut. “Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar,” kata Erin ringkas. - Mynewshub