Isnin, September 28, 2015

Dikutuk Tanpa Sebab, Hisyam Hamid Sekat Pengikut Instagram



Pelakon Hisyam Hamid mengambil pendekatan untuk menyekat mana-mana pihak yang memberi komen buruk di akaun laman sosial Instagram miliknya. Hisyam, 30, berkata, komen-komen negatif itu dianggap tidak memberi manfaat kepadanya apatah lagi apabila ia bersifat kritikan tanpa sebab. "Biasalah, sebagai seorang selebriti, kritikan itu pasti ada. Tetapi ia ada dua jenis iaitu kritikan yang boleh perbaiki diri dan maki hamun tanpa sebab. "Itu saya akan tapis dan sekat mereka yang bersikap berlebih-lebihan apabila memberi komen. Saya tak faham apa sebab mereka memberi komen sebegitu sedangkan mereka hanya kenal saya mahupun artis lain berdasarkan di televisyen dan laman sosial," katanya kepada mStar Online.