Isnin, September 21, 2015

Dihina Teruk Gara-Gara Isu Hijab; Amelina Maafkan Pengkritik



Kenyataan Amelina baru-baru ini mengenai dirinya yang masih tidak bersedia untuk berhijab telah mendapat pelbagai reaksi berbaur. Ada yang mendoakan yang terbaik untuknya dan tidak kurang juga komen yang menghinanya dengan begitu teruk. “Saya masih beragama Islam dan tidak terpesong daripada akidah. Saya tahu kewajipan saya sebagai umat Islam di muka bumi ini. Apabila perkara ini terjadi, ia seolah-seolah menggambarkan diri saya seorang wanita yang jahat dan jahil tentang hal agama” “Selama ini, saya tidak pernah menilai mahupun menghina mana-mana individu. Saya melayani setiap insan sama rata dengan penuh berhemah. Malangnya, ini yang saya terima,” jelas Amelina yang turut menangis akibat terkesan dengan perkara tersebut ketika dihubungi Kosmo!