Selasa, September 15, 2015

Diherdik Edry, Che Ta Tinggalkan Akademi Fantasia!


Che Ta atau Rozita Che Wan sebagai juri tetap tidak akan menjejaskan rating program Akademi Fantasia 2015 (AF2015), kata Pengurus Saluran Astro Ria. Menurut laporan Astro Awani, Raqim Ahmad berkata, pihak Astro bersetuju dan bersedia melepaskan Che Ta. “Kami menghormati keputusan beliau dan setakat ini kami masih lagi belum menentukan siapa individu yang lebih layak untuk menggantikan tempat yang telah dikosongkan oleh Che Ta,” kata Raqim. Katanya, tiada sebarang tindakan susulan akan diambil ke atas Che Ta kerana pihak Astro menghormati keputusan beliau.



"Mungkin Che Ta mempunyai pendapat berbeza yang mungkin tidak sama dengan pandangan umum mahupun pengetua AF2015 sendiri. “Sebab itu kita ada Datuk Ramli MS menilai para teknikal peserta #AF2015 daripada sudut teknikal berbeza dengan Che Ta,” katanya lagi. Baru-baru ini, Che Ta menarik diri dari AF2015 kerana mendakwa diherdik oleh pengetua program itu Edry Abdul Halim susulan ekoran ketidakpuasan hati dengan kritikan beliau terhadap pelajar AF2015. - Sinar