Rabu, September 30, 2015

Diana Danielle Mengidam Nasi; Farid Kamil Terpaksa Lepaskan...



Sedari dulu, saya memang jaga pemakanan dan nutrisi yang diambil isteri.“Sebagai contoh, makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi, saya tidak benarkan dia makan. Sebaliknya menggantikannya dengan jenis hidangan yang ada asid amino dan berprotein tinggi seperti ikan salmon yang bersesuaian untuk ibu mengandung,” katanya.Ketika mengandungkan Muhammad yang kini mencecah usia dua tahun Julai lalu, Diana terpaksa mengelak mengambil nasi.“Cuma kali ini saya terpaksa lepaskan juga Diana makan nasi sebab dia terlalu teringin. Saya juga memang tidak boleh makan kalau tak ada nasi.“Susah juga sebab apa yang dia minta, semua kegemaran saya! Contohnya nak makan nasi berlaukkan kari, tidak mungkin saya tolak sebab saya pun suka juga. Cuma saya terpaksa ‘potong’ kepada jumlah sedikit,” katanya ketawa.