Rabu, September 30, 2015

David Ferrer & Grigor Dimitrov Main Gamelan Di Malaysia Bikin Orang Indonesia Panas



Kelakar. Pemain tenis terkemuka dunia David Ferrer dan Grigor Dimitrov, yang juga kekasih hati Maria Sharapova sedang berada di Malaysia bagi Kejohanan ATP Terbuka Kuala Lumpur. Apabila, laman Instagram update tentang aktiviti ikon sukan ini di Kuala Lumpur, antaranya bermain muzik tradisional Gamelan yang disifatkan permainan tradisional Malaysia, maka ramai pengguna laman sosial Instagram Indonesia menyerang ruangan komen posting berkenaan dengan menyatakan bahawa Gamelan merupakan muzikal tradisi milik Indonesia dan meminta pihak ATP membetulkan 'fakta' berkenaan. Bagaimanapun, masih ada komen dalam kalangan rakyat Indonesia sendiri yang meminta netizan bersikap lebih profesional. Apapun, ini bukanlah pertama kali terjadi, bahkan banyak lagi percanggahan pendapat dan perebutan asal usul budaya yang menjadi perdebatan antara dua buah negara rumpun ini sekian lama.