Jumaat, September 11, 2015

Dapat Taraf Penduduk Tetap; Shah Iskandar Mahu Kumpul Harta


Sejak tiga tahun lalu pelakon Shah Iskandar, 32, jarang dapat bercuti panjang berikutan jadual seni yang padat. Namun selepas dua kali dinobatkan Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH, dia mula tertanya-tanya arah tujunya dalam industri. Shah sedar dia perlu bijak merencana kerjaya dan mencari lebih ruang untuk berehat.  “Jika dulu dalam sebulan saya menjayakan satu drama dan tiga telefilem atau dua drama serta satu telefilem, tahun ini dalam sebulan saya berlakon satu telefilem saja. “Kena juga fikir kesihatan diri, takut nanti tiba-tiba ‘tumbang’ di lokasi. Badan saya susut kerana tidak cukup rehat. Memang sayang lepaskan tawaran yang datang, tetapi kenalah juga sayang diri sendiri,” katanya.


Shah yang berhasrat menetap di negara ini memaklumkan sudah mendapat taraf penduduk tetap selama 10 tahun. “Saya mahu kumpul harta di Kuala Lumpur. Kalau sudah beli rumah di sini bolehlah ajak ibu tinggal bersama. “Memandangkan saya warga Singapura, bukan mudah untuk beli rumah di sini dan berusaha ke arah itu. “Dengan segala perancangan yang diatur, saya perlu bekerja lebih keras kerana rezeki yang diperoleh bukan untuk diri saya saja, tetapi juga menyara ibu di Singapura dan membayar segala keperluannya di sana,” katanya. - Metro