Khamis, September 10, 2015

Cik Cinderella & Encik Tengku Akan Datang Di Lestary, TV3



Kalau kata drama adaptasi, ada yang suka, dalam masa yang sama ada juga yang tak suka. Apapun bergantung kepada pengolahan cerita. Drama adaptasi novel dalam proses pembikinan yang akan menjengah ke kaca televisyen adalah Cik Cinderella dan Encik Tengku. Muz tak pernah baca lagi novel ni, tapi berdasarkan tajuk rasa macam boleh agak plot cerita! Hehe... Apapun, hero novel ini ialah Jericho Rosales Malaysia, Shukri Yahaya yang akan bergandingan bersama Zahirah Macwilson.