Khamis, September 03, 2015

Che Ta Kesal Wajah & Nama Dieksploitasi Pihak Tak Bertanggungjawab!



Pelakon Rozita Che Wan berasa kesal masih ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk melariskan jualan produk masing-masing. Rozita, 42, berkata, lebih membuatkan dia berasa bengang apabila gambarnya disunting memegang botol produk kecantikan keluaran terbaharu seolah-olah dia mempromosikan produk berkenaan. "Apa yang mereka (penulis blog) tulis adalah fitnah! Saya anggap itu taktik kotor pengeluar produk mengeluarkan artikel dan gambar saya seperti  itu dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai. "Saya masih lagi duta kepada produk Rysya dan makanan tambahan Longevite. Berani betul blog itu membuat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.