Jumaat, September 04, 2015

Butik Meylana Cabang Baharu Memey Suhaiza & Norman Hakim



Bagi mengukuhkan ekonomi keluarga sekali gus dapat lebih banyak masa dengan keluarga, baru-baru ini Norman dan Memey dengan sokongan kakak angkat mereka, Ellana membuka butik.  Murut Memey, butik diberi nama Melyana yang beroperasi di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur itu mendapat sambutan cukup baik bukan saja dalam kalangan pembeli di sekitar Lembah Klang tetapi dari Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. “Selain pelanggan lama yang sudah berususan de­ngan saya sejak berniaga secara ‘online’, kini dengan pembukaan butik wujud pelanggan baru. Alhamdulillah baru seminggu dibuka saya dan Abang (Norman) gembira Meylana tidak putus menerima kunjungan pelanggan sehingga lewat malam. Ada juga yang datang membeli setiap hari,” katanya. Ibu kepada dua cahaya mata yang masih kecil itu juga mencari lokasi butik berdekatan kediaman mereka untuk memudahkannya berulang alik.

1 Komentar:

Write Komentar
4/9/15 2:42 PTG delete

Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki...

Reply
avatar