Sabtu, September 26, 2015

Bront Palarae Mohon Peminat Sokong Jwanita & Girlfriend Kontrak



Pelakon Bront Palarae meminta peminat-peminat agar memberi sokongan terhadap kedua-dua filem lakonannya iaitu Jwanita dan Girlfriend Kontrak yang dikeluarkan pada tarikh yang sama iaitu 24 September. Bront berkata, kedua-dua filem tersebut daripada genre berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri yang perlu ditonton oleh rakyat Malaysia terutama peminat-peminatnya."Dua filem ini saya mempunyai kekuatan tersendiri, Jwanita genre psiko seram, manakala Girlfriend Kontrak pula lebih ringan dan sesuai untuk semua lapisan umur."Saya harap peminat-peminat saya beri sokongan dan datang melihat lakonan saya pada dua-dua filem yang ditayangkan pada masa sama ini," ujarnya.