Rabu, September 02, 2015

Botak Kelebihan Haikal Dalam Dunia Modelling



Haikal, 29, yang namanya melonjak naik selepas memenangi tempat ketiga dalam pencarian Man Hunt Malaysia dua tahun lalu wajar diberi perhatian. Menyifatkan tuahnya terletak pada penampilan berkepala botak, dia dipasangkan bersama Safwan oleh agensi Andrew ketika kempen promo pertama.Visual fesyen itu menarik perhatian dan membawa kelainan kepada imej lelaki berpotongan stail semasa. Kempen tersebut sekali gus menjadi bualan ramai dan sedikit sebanyak memberi tempias pada langkah komersial mereka. “Penampilan sulung berkepala botak ketika pencarian Man Hunt Malaysia 2013 membuatkan saya menerima banyak maklum balas agar kekal dengan imej seperti itu. Ia membuatkan saya unik dan berbeza dengan model Melayu yang lain. “Sejujurnya, ia memberi keyakinan kerana saya lebih selesa dengan keadaan macam ini selain menjimatkan masa untuk melakukan sebarang aktiviti,” katanya yang pernah tampil dengan imej berambut namun, penawaran modeling tidak serancak seperti sebelum itu. - Kosmo!