Isnin, September 07, 2015

Blog Pulih! Kini Sudah 6 Juta Readers!!


Tadi Muz ada complain tentang blog, bila view dari Chrome. Bila cursor hala pada banner iklan, atau gambar latest post, popular post, atau apa saja gambar yang ada link akan jadi kelip-kelip dan hilang. Rupanya ada code yang lama dulu yang berapa tahun sudah Muz ada masukkan bagi efek gambar senget dan ada macam zoom sikit. Tapi efek senget tu dah lama tak berfungsi. Dan kini, lepas Google update logo baharu dia, ada juga pembaharuan dekat url, kalau di Malaysia bukan lagi blogspot.com dah jadi blogspot.my, dan mungkin ada lagi perubahan yang menyebabkan code yang ada dalam html Muz tu dah tak relevan.

Asalnya, stress juga. Yalah, orang lain tak kena! Ada PM +tenku butang suruh teman kita tu masuk blog, dan main-mainkan cursor di banner iklan dan gambar-gambar latest post di Glamorama. Memang jadi macam kena elektrik gila. Huhu... Dah tu balik kerja tadi, cuba buat tak jadi juga. Sampai Muz pun dah pi study sikit fasal ak ubah template 100%. Sampailah, satu tahap last try, masuk dalam template, buka semua code, perhati satu-satu dan cuba buang yang mana hati pilih, main agak-agak ja. Lepas tu priview, sekali tengok jadi. Apa lagi, syukurlah...



Moral daripada masalah tak terjangka ni, Muz dapat tahu sedikit sebanyak tentang template blog. Template yang mesra SEO, dan macam-macam lagi dari blog abang +Hasrul Hassan Dan bila Muz check di salah satu yang website untuk check kita punya platform template punya kualiti, memang template blog Muz ni ada masalah hampir dekat 300 problem! Hahaha. Lepas tu, Muz terlebih rajin check blog otai seorang lagi, eh kes blog dia sama juga macam Muz. Hehe... Tapi bila check yang beberapa blog lagi serupa Oh Bulan! semua tu, memang tip top templatenya sebab tu boleh masuk ranking alexa sokmo.

Apapun, Muz tak kejar apa sangat pun dalam dunia bloging. Cuma niatnya, perlahan-lahan daripada tumpuan kepada hiburan ini nak dialihkan juga kepada akademik dan dunia penulisan kreatif. InsyaAllah, jika ada masa, kekuatan dan idea. Jadi, sayanglah pula nak frust dan putus asa, nak pula hari ni Nakhoda Nurani di bawah label Engku Muzahadin ni dah lebih 6 JUTA pembaca! Alhamdulillah. Ada sedikit ujian saat, mengira satu lagi angka besar, dan syukur semuanya dipermudahkan Tuhan.  Terima kasih kepada yang singgah, tanpa anda, apalah yang ada pada Nakhoda Nurani!

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
8/9/15 2:32 PTG delete

Tahniah! Sangat mengujakan bila mengetahui hala tuju blog ini pada masa hadapan. Bro, I'm excitedly waiting for the transformation.

Kerana... tulislah walau sebaris ayat tetapi impaknya mengesankan.. teruskan usaha. Semoga dipermudahkan impian..

~ Pemerhati Cinta ~

Reply
avatar