Isnin, September 07, 2015

Blog Bermasalah Bila View Dalam Chrome! Need Your Help Guys!


Gambar ni, kalau anda klik akan terbuka di new tab dengan saiz sebenar, tapi sekarang bila letak kursor mesti jadi gila-gila kan? Huhuhuhu.... :(

Masalah. Siapa yang suka dengan masalah. Nak pula kalau yang terjadi tu, jalan penyelesaiannya masih kabur! Masalah apa? Blog ni lah. Dah dalam beberapa hari ini Muz tengok dalam blog, semua gambar yang ada backlink, macam banner iklan, gambar recent post entry (Glamorama), dan lain-lain semua akan bergetar macam kena elektrik, kelip-kelip, tenggelam timbul bila dihalakan kursor! Masalahnya, benda ni hanya terjadi bila buka blog guna browser Chrome! Anehnya, orang lain punya blog, okay saja! Muz, seorang ja yang kena. Bila dah buang balik penambahan terbaharu dekat blog dalam seminggu yang lepas pun, still tak ada apa-apa perubahan! Stress. Dah lah laptop problem, nak beli baru pun tak selesai survey apa benda semua, kerja-kerja hakiki pun berlambak! Benda macam ni pula tambahkan kekusutan! Rasa macam nak tutup je la blog ni! Huhu...  Kalau kata memang nak tutup, tak payahlah buat entry ni bagai kan? Sebab, sayanglah... Hohoho. Ada sesiapa yang expert boleh bantu? Jalan terakhir, mungkin Muz akan tukar template 100% lah kot... Huarghhhh, bukannya ada masa nak buat semua benda tu, melainkan cuti sekolah yang panjang! Almaklumlah, kita bukan expert bab-bab editing ni! Huhuhu... Tolong!!!


1 Komentar:

Write Komentar
Afiqah
AUTHOR
7/9/15 8:48 PTG delete

penah terjadi kat shoutbox df. tapi tau tahu macam mana dia berhenti. hahaha

Reply
avatar