Rabu, September 02, 2015

Bill Azali Enggan Buka Mulut Isu Tumbuk Asfan Kerana Mahu Jaga Aib Keluarga!



Pelakon, Bill Azali enggan mengulas berhubung dakwaan dia memukul penyanyi, Asfan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Sabtu lalu. Dia berpendapat hal peribadi seperti itu adalah aib keluarga yang tidak perlu dikongsi kepada umum. Malah, Bill, 23, berkata beliau tetap ingin menjaga periuk nasi Asfan yang juga abang iparnya, sebagai seorang penyanyi. "Apa yang boleh saya katakan adalah tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Jadi, apabila kesabaran seseorang itu sudah sampai pada hadnya, maka faham-faham sendirilah. "Senang cerita, pohon takkan bergoyang jika tiada angin, namun saya masih ingin menjaga periuk nasi dia sebagai seorang yang dikenali. Jika saya mengulas lebih lanjut, dia (Asfan) akan memalukan dirinya sendiri. "Saya tidak dapat mengulas lanjut terutama kepada umum kerana perkara ini membabitkan keluarga saya," katanya kepada BH Online.



1 Komentar:

Write Komentar
Farhain Azmi
AUTHOR
2/9/15 12:23 PTG delete

haha..bill tu pun memalukan keluarga juga p tumbuk dpn org.. bertumbuk kat rumah sudah.

jemput baca
http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2015/09/idea-menanam-daun-bawang-tanpa.html

Reply
avatar