Khamis, September 03, 2015

Berlakon Sama; Arjun Kapoor Terlalu Teruja Kerana Sangat Meminati Kareena Kapoor



Tanpa segan silu, Arjun Kapoor membuat pendedahan depan Kareena Kapoor yang dia adalah peminat setia aktres itu. Dia mula sukakan Kareena sejak pelakon jelita itu beraksi dalam filem Refugee yang dilancarkan pada 30 Jun, 2000.Kareena dan Arjun sekarang bersama-sama berlakon dalam filem terbaru  mereka, Ki. Arjun menghafal setiap diolog Kareena daripada filem Refugee sehingga filem terbarunya dengan Salman Khan iaitu Bajrangi Bhaijaan.Menurut Kareena, ketika mereka di lokasi Ki setiap hari Arjun datang kepadanya dan melafazkan mana-mana dialog dalam filemnya. “Dia memang gila, semua dialog saya dia tahu dan dia juga menonton semua filem lakonan saya. Ia adalah penghargaan paling besar buat saya,” katanya.Suami Kareena, Saif Ali Khan tahu mengenainya tetapi dia faham situasi antara pelakon dan peminat. - HM