Khamis, September 10, 2015

Belum Kahwin; Jep Tak Rasa Tertekan!



Anggota kumpulan Sepahtu iaitu Jep tidak berasa tertekan untuk segera mendirikan rumah tangga seperti mana rakan-rakannya yang lain.Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, berkata, selain alasannya masih belum bersedia, dia juga ingin memberi fokus kepada ibu bapa dan keluarga terlebih dahulu sebelum berkahwin."Kawan-kawan sekeliling memang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi itu tidak membuatkan saya tertekan untuk segera menamatkan zaman bujang. "Buat masa ini saya ingin beri perhatian kepada keluarga terlebih dahulu dan Insya-Allah selepas semuanya stabil baharu saya akan berkahwin," katanya kepada mStar Online.