Rabu, September 23, 2015

Bakal Nikah November Ini; Shukri Yahaya Belum Rasa Apa-Apa


Pelakon yang mendapat gelaran Jericho Rosales Malaysia, Shukri Yahaya, akan melangsungkan pernikahan bersama tunangannya pada November ini. Ini merupakan kenyataan terbaharu pelakon lelaki yang mempunyai peminat tersendiri tentang majlis bahagianya itu!.


“Insya-Allah, majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan menyusul selepas upacara ijab kabul. Memandangkan saya masih sibuk dengan beberapa projek drama, segala urusan saya serahkan kepada Tya dan keluarga” “Jika ada masa, saya akan turun padang. Tidaklah sampai tak ambil tahu langsung. Setakat ini, belum terasa debaran bakal bergelar raja sehari kerana sibuk menguruskan hal lain. Mungkin apabila majlis sudah dekat, baru perasaan itu datang,” katanya.