Rabu, September 02, 2015

Arjun Rampal, Mehr Jesis Di Ambang Perceraian?


Model dan aktor, Arjun Rampal tidak memberi reaksi berhubung khabar angin dia dan isteri, supermodel terkenal India, Mehr Jesis dalam proses perceraian. Khabar angin itu bertiup kencang baru-baru ini mengatakan pasangan itu sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Keluarga Bandra. Pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Pada satu pertunjukkan fesyen di India baru-baru ini, di mana dia dan Mehr bersama-sama memperagakan rekaan pereka ternama India, kata Arjun, dia sendiri tidak tahu sebanyak mana orang luar mengetahui mengenai rumah tangganya.



“Nampaknya orang luar lebih banyak tahu daripada saya sendiri,” katanya.  Menurut khabar angin yang bertiup kencang, keretakan rumah tangga mereka berpunca kehadiran orang ketiga iaitu Sussanne Khan yang juga bekas isteri aktor, Hrithik Roshan. Arjun yang enggan bercakap lebih lanjut mengenai desas-desus perceraiannya itu lebih fokus pada tugasan peragaannya. Dia dan Mehr duduk sebelah-menyebelah dan mereka juga berbual-bual. Mereka juga kelihatan berjalan bersama-sama di sekitar tempat pertunjukkan fesyen itu. - HM


1 Komentar:

Write Komentar
2/9/15 1:35 PTG delete

uish..cerita hindustan.

Cantik la template blog ni. Hehehe. Singgah dari blog http://ceritaejoy.blogspot.com/.

Reply
avatar