Khamis, September 24, 2015

Anak Tiri Siti Nurhaliza Jaga 5 Artis Popular



Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid, 23, kini menyertai industri seni tempatan dengan menubuhkan syarikat pengurusan yang dikenali sebagai A Klasse Management Sdn. Bhd. Asyraf selaku Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse berkata, sehingga kini seramai 11 selebriti berada di bawah naungan syarikat tersebut termasuk lima artis popular iaitu Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Nabil Ahmad, Fara Fauzana serta Siti Nurhaliza.


"Ini satu penghormatan yang besar apabila selebriti-selebriti popular ini mempercayai syarikat ini yang baharu setahun jagung usianya. "Bagaimanapun tidak semua artis dijaga pihak A Klasse sepenuhnya. Ada yang lebih kepada ikatan kontrak melibatkan urusan pengiklanan di media sosial serta perlantikan sebagai jurucakap sesebuah produk," katanya.

1 Komentar:

Write Komentar
24/9/15 2:22 PTG delete

ikut jejak ayah dia buka business

Reply
avatar