Khamis, September 03, 2015

Anak Sulung Ikut Jejak Zaquan Adha; Ayu Raudhah Nak 8 Orang Anak!



Biarpun sudah dikurniakan 2 cahayamata, namun pelakon Ayu Raudhah tetap berhasrat untuk menambah zuriatnya bersama  Zaquan Adha  dan siapa sangka dia mahu memiliki 8 orang anak dan dia juga sering berdoa agar keinginan itu tercapai atas berkat oleh-Nya. “Alhamdulilah, syukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Keluarga saya bertambah ceria dengan kehadiran 2 anak teruna yang sentiasa hiburkan hati saya dan suami. “Anak saya yang sulong sudah terikut-ikut minat ayahnya yang suka main bola, pantang nampak bola dia akan tidak berhenti bermain. Sekiranya dimurahkan rezeki dikurniakan anak seramai 8 orang, saya rasa  bersyukur dan bertambah ceria suasana keluarga kami, Insha Allah” seloroh Ayu sambil tersenyum kepada portal Murai.com.my