Sabtu, September 05, 2015

Anak Lelaki Ziana Zain Enggan Wajah Dikongsi Di Laman Sosial



Penyanyi bersuara lantang Ziana Zain, jarang berkongsi gambar keluarga bagi menghormati privasi mereka.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, berpendapat media sosial penting untuk mendekati peminatnya namun perlu ada batasan antara kerjaya dan hal peribadi. Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, selain ingin menjaga privasi keluarganya, faktor keselamatan juga menjadi antara aspek yang perlu dititik beratkan. "Anak-anak saya, terutamanya anak lelaki enggan wajah mereka dikongsikan di akaun Instagram saya. Namun, ada pengecualian dan saya minta izin untuk memuat naik foto keluarga ketika sambutan Syawal. "Berbeza pula dengan anak perempuan yang sering minta saya memuat naik gambarnya. Lain anak lain perangainya. "Tidak dinafikan media sosial adalah penting tetapi tidak semua perlu dikongsikan di laman sosial. Terlalu banyak perkongsian juga boleh memudaratkan," katanya kepada BH Online.