Rabu, September 23, 2015

Anak? Ini Jawaban Puteri Sarah


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan kehadiran cahaya mata, tetapi bila lambat, macam-macam yang akan dikata. Ini jawaban Puteri Sarah apabila diajukan persoalan tentang anak hasil perkongsian hidupnya bersama Syamsul Yusof.


“Bukan saya tidak mahu anak. Cuma sekarang kami pun sibuk dengan jadual kerja masing-masing tapi itu tidak membataskan perhubungan kami sebagai suami isteri” “Pada masa yang sama, kami mencuba yang terbaik untuk bertukar status sebagai ibu dan bapa. Doakan sahaja yang terbaik buat kami. Insya-Allah kalau ada rezeki, pasti ada,” katanya yang baru membuka sebuah gedung pakaian Muslimah yang diberi nama Shara Islamic Fashion World.