Khamis, September 03, 2015

Alvin Tan Undang Kontroversi Lagi; Dedah Punya Tatu Nama Allah Di Belakang Paha



Alvin Tan yang suatu ketika dahulu mencetuskan kontroversi dengan tindakan kurang matang kepada umat Islam di negara ini pada ketika masyrakat menyambut bulan Ramadan pernah beberapa kali secara terus menerus mencipta kontroversi. Terkini, dalam beberapa jam yang lalu, Alvin dengan bangganya berkongsi bahawa mempunyai tatu dengan nama Allah pada belakang pahanya. Tindakan lelaki itu bagaimanapun mengundang reaksi yang pelbagai. Sesuatu yang pasti, pengikut Facebook-nya itu sendiri tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang dilihat sebagai tidak rasional. Antara lain komen yang diletakkan pada posting tersebut adalah untuk menghormati agama orang lain tidak kira walau apapun juga anutan yang dianuti oleh seseorang individu.


Waktu menaip entry ini, satu sahaja Muz terfikir, apa akan terjadi kepada Alvin Tan sekiranya semua yang follow social akaun Alvin Tan ini sepakat untuk unfollow! Adakah tujuan sebenar lelaki ini akan terlaksana? Pastinya tidak kan? Tak ada sesiapa yang follow, baca, share atau tulis tentang lelaki ini. Anggap sahaja tak wujud, mesti dia mati kutu! Hahaha... Bagi Muz, lagi banyak kita layan orang macam ni, dia akan lagi seronok! Makanya, abaikan saja lelaki macam ni, ada banyak lagi kerja berfaedah yang boleh dibuat daripada nak follow orang macam ni!