Sabtu, September 26, 2015

Akim Ahmad, Stacy Sah Bertunang!



Umum mengetahui Stacy sudahpun memeluk agama Islam beberapa bulan yang lalu. Gosip hubungan cinta antara Akim Ahmad dan Stacy pula bukanlah perkara baharu. Bagaimanapun, sehingga memeluk agama Islam, bahkan selepasnya juga, Stacy tetap menegaskan bahawa alasan mengahwini Akim bukanlah penyebab utama dia menukar agama. Hari ini, HLive menerusi laman instagramnya berkongsi berita gembira pertunangan Akim dan Stacy. Memetik kata-kata penyanyi lelaki yang melonjak popular menerusi kumpulan The Majistrate ini, Akim bersyukur atas pertunangan dengan bakal isterinya itu yang berlangsung pada 26 September 2015. Tahniah diucapkan kepada Akim dan Stacy.