Isnin, September 14, 2015

Adira Akui Sunyi Belum Temui Pengganti Shahrul


“Sepatutnya kami berkahwin pada tarikh hari jadi saya iaitu 19 September ini. Siapa yang tidak sedih sebab semua­nya sudah dirancang. Nak buat macam mana tidak ada jodoh. Tidak ada guna saya salahkan sesiapa dalam situasi yang sudah berlaku”“Sebagai manusia, bagi saya bercinta dan putus itu sesuatu yang normal. Saya terima suratan takdir yang tertulis. Kita cuma boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan semuanya”“Perasaan sunyi itu memang ada tetapi bergantung macam mana kita me­nangani situasi tersebut. Mungkin saya akan sibukkan diri dengan bermain gitar untuk tidak memikirkan tentang apa yang sudah berlaku,” jelas Adira kepada Kosmo!


Turut menyatakan ada juga lelaki yang mencuba untuk mengisi kekosongan di hatinya, Adira mempunyai alasan sendiri untuk menolak setiap cubaan yang datang kepadanya.“Memang ada yang ingin mencuba (mengurat) tetapi saya masih lagi menghormati perasaan keluarga dia. Saya tidak mahu dilabelkan perempuan yang bukan-bukan. Hati ibu saya juga kena jaga. Biarlah saya memilih untuk hidup solo ketika ini”“Pada masa sama, saya akui, hati saya belum terbuka lagi untuk sesiapa. Susah untuk terima orang lain dalam hidup selepas dia,” kata Adira. Sedih juga jika diikutkan apa yang dilalui Adira. Semoga semuanya akan beransur pulih dan dipermudahkan segala urusan hendaknya.