Jumaat, September 04, 2015

Aaron Aziz, Zara Zya Dalam Drama Adaptasi Tuan Anas Mikael



Sebelum ni Muz ada update tentang drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael yang membawakan Zara Zya sebagai heroinnya! Tetapi hero masih belum diberitahu kan? Nah, heronya walaupun akan 40s pada tahun hadapan, tapi auranya masih kuat beb! Kalau letak dia di Jalan TAR, suruh bida, rasanya RM2.6 Billion pun ada kaum Wanita sanggup tawar untuk jadikan Si Dia sebagai miliknya! Hahaha... Melampau benor analoginya. Sorry, Sis Diyana! Yup, heronya Aaron Aziz. Mereka berdua ni pernah digandingkan untuk drama pendek bersiri yang ditayangkan di Tonton, iaitu Dan Calonnya Adalah Musim 2. Tapi Muz tak layan pun. Malas nak tengok di Tonton. Tapi yang pasti Zara Zya memang ada tempat yang istimewa dalam hati Muz... Hehe. And of course Muz juga salah seorang members Aaronators yang amat pasif, Hahaha... Apa-apapun, tunggu updates ya, tentang drama Tuan Anas Mikael, akan ditayangkan di Astro!