Sabtu, September 26, 2015

16 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Setakat Ini


Khemah di Mina dilaporkan terbakar, bagaimanapun tidak melibatkan jemaah dari Malaysia

Jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu sehingga kini adalah seramai 16 orang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tujuh daripadanya adalah mangsa insiden kren tumbang di Masjidilharam pada 11 September lalu manakala selebihnya kematian biasa akibat faktor penyakit. “Kebanyakannya akibat penyakit radang paru-paru. Mengikut rekod tahun-tahun sebelum ini jumlah kematian meningkat selepas selesai wukuf dan melontar,” katanya. - Utusan