Selasa, Ogos 18, 2015

Zed Zaidi Nafi Songlap RM4.5 Juta



Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi bengang apabila difitnah kononnya dia terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Zed berkata, dia tidak tahu langsung mengenai masalah tersebut dan tiada kaitan dengan pihak KOSENI seperti yang diperkatakan. "Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi kontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI. "Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman," katanya. - mstar