Khamis, Ogos 06, 2015

Zayn Malik Putus Tunang Dengan Panggilan Telefon




Peminat Zayn Malik hari ini dikejutkan dengan berita perpisahan bekas anggota kumpulan popular One direction itu dengan tunangnya, anggota kumpulan Little Mix, Perrie Edwards. Memetik laporan People, Zayn Malik telah membuat keputusan untuk  memutuskan pertunangannya dengan Perrie dua minggu lalu.  Difahamkan, penyanyi berusia 22 tahun itu menghubungi Perrie dan memberitahu keputusan beliau untuk mengakhiri pertunangan mereka. Walaupun Perrie setuju dengan keputusan tunangnya itu, penyanyi berusia 22 tahun itu dilapor 'berendam air mata' dengan tindakan Zayn. - Awani