Jumaat, Ogos 07, 2015

Walau Pakai Jubah Sekalipun, Orang Tetap Label Saya Seksi – Maria Farida



Sekilas pandang di akaun Instagram Maria Farida, memang selalu pelakon jelita ini berkongsi gambar dirinya untuk tatapan para peminat. Ada yang mengkagumi kelangsingannya. Ada yang memberi nasihat agar tidak berpakaian terlalu ketat. Ada yang memberikan komen berunsur lucah dan macam-macam lagi. Bagi Maria Farida, semua orang bebas membuat kesimpulan sendiri. Katanya:-
Dari dulu sampai sekarang, isu seksi ini memang melekat dengan diri saya. Seksi ini sebenarnya subjektif kepada pandangan mata individu yang menilai.Saya pakai apa pun tetap dikaitkan dengan isu seksi. Walaupun saya berjubah, berbaju kurung dan sebagainya, orang tetap melabel saya sebagai seorang yang seksi.Jadi sukar untuk saya menjawab isu seksi ini kerana pada pandangan saya, lebih ramai artis perempuan yang lebih seksi berbanding saya. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan.
Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja. - BN

1 Komentar:

Write Komentar
7/8/15 1:56 PTG delete

tak nak komen apa-apa...hu hu hu....

Reply
avatar