Isnin, Ogos 17, 2015

[Video] Siti Nurhaliza Pukau Penonton Persembahan Live Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman




Penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza telah memukau penonton apabila tampil membuka tirai program nyayian peringkat global, International Superstar 2015 dengan mendendangkan lagu Tamil. Siti berjaya mencuri perhatian apabila menyanyikan lagu bertajuk Nenjae Ezhu hasil ciptaan komposer antarabangsa terkenal A.R. Rahman. Walaupun turut berkongsi pentas dan menyanyi bersama penyanyi penyanyi lain, namun kemunculan Siti menerima sorakan dan tepukan cukup gemuruh daripada peminat dan penonton. – Oh Media