Rabu, Ogos 26, 2015

[Video] Cara Paling Bangang Isi Minyak Bagi Penuh?



Menerusi sebuah video yang kini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, seorang lelaki telah melakukan aksi luar biasa terhadap keretanya sewaktu mengisi minyak. Lelaki India berkenaan menghenjutkan keretanya beberapa kali demi memberikan ruang lebihan untuk mengisi minyak keretanya sehingga penuh.

Melalui video, kedengaran dialek Negeri Sembilan daripada perakam yang jelas amat berang dengan tindakan individu terbabit.

“Cam ni punya orang pun ado, dah penoh dah la, bingai betul la. Dah penuh tu dah la, cukup la, ekau nak tuang macam mano lagi.

“Haih, di honjot-honjot ketonye dah ha, entoh apo-apo entah, ambil la duit balance tu,” ujar perakam. - Mynewshub