Selasa, Ogos 04, 2015

[Video] Bekas Pemain Bola Sepak Ditangkap Khalwat


Hiasan...

Seorang bekas pemain Liga Simpanan Kedah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kerana disyaki berkhalwat di bilik sebuah hotel bajet di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar pada awal pagi Ahad.
Ketika pemeriksaan dilakukan pada pukul 2 pagi itu, lelaki berkenaan yang telah berkahwin mendakwa wanita yang bersamanya merupakan anak saudara. Bagaimanapun kedua-dua mereka kemudian dibawa ke pejabat Jaik untuk urusan lanjut. - mstar