Khamis, Ogos 20, 2015

[Video] Bait Lirik Bahasa Melayu Dalam Lagu Tamil Filem Lakonan Prashanth



Okay, baru-baru ini penyanyi tersohor Siti Nurhaliza ada merakamkan lagu berbahasa Tamil untuk satu program Astro. Walaupun nyanyian beramai-ramai, dan hanya menyanyikan beberapa baris tetapi publisiti yang diberikan cukup meluas kerana ini merupakan sesuatu yang istimewa. Hari ini Muz terlihat video yang dikongsi di FB, dari YouTube, single lagu Tamil daripada filem terkini lakonan pelakon populr Kollywood yang sekian lama menyepikan diri, Prashanth. Menariknya tajuk lagu ni sendiri Sayangku Sayangku! Nah, sekarang dengar pula penyanyi dari sana menyanyikan lagu yang ada perkataan Bahasa Melayu! Hehe...