Ahad, Ogos 09, 2015

Tweet Najib "Saya Tidak Akan Jual Malaysia" Kena Serang!




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau sama sekali tidak akan menjual negara sebaliknya dana yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan Umno.Perkara itu dinyatakan Najib menerusi posting di laman mikro Twitternya semalam sebelum dihujani pelbagai komen daripada netizen.


“Tapi kenapa (dana) masuk ke akaun peribadi?” soal seorang pengguna Twitter yang menggunakan twithandle @therealshah_Kredibiliti Najib sebagai pemimpin negara terjejas teruk sebaik sahaja sebuah portal antarabangsa mendedahkan sejumlah besar dana berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya mengesahkan dana itu adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah. Berikutan itu, suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata akan meminta Perdana Menteri memberikan penjelasan berhubung sumbangan derma berkenaan.

Salah seorang netizen menggunakan nama Sheikh Wahid Emdibi di Twitter turut mempersoalkan sejauh mana kebenaran kata-kata Najib dengan bertanya, " tu dua pegawai SPRM yang siasat tu kenapa pergi pindahkan ke JPM? Takut apa?".

Ratusan tweet yang lain turut mengecam kenyataan Perdana Menteri termasuk ada di antaranya yang memberikan nasihat sinis jika mahu kekal di tampuk pemerintahan.

"Kenapa mata wang kita semakin jatuh? Sudah la imej negara kita pun dah jatuh, tolonglah baiki balik kalau nak sangat jadi PM," tulis Aliff Hassan.

- Sinar -