Ahad, Ogos 30, 2015

Tun Mahathir Turun Bersih 4, NGO Buat Laporan Polis



Sebuah badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas tindakannya menghadiri perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka semalam. Laporan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini.Yang Dipertua persatuan itu, Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid berkata tindakan Dr Mahathir yang 'turun' menyertai perhimpunan itu ibarat menggalakkan rakyat menyertainya."Persoalannya, mengapa beliau perlu pergi ke perhimpunan haram berkenaan. Pada pendapat saya, tindakan itu tidak perlu malah beliau tidak patut datang langsung."Apabila Dr Mahathir datang, rakyat yang berhimpun secara tidak langsung mengibaratkan kehadirannya sebagai 'kepala'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu. Semalam, Dr Mahathir dilaporkan hadir pada perhimpunan yang diklasifikasikan sebagai haram itu diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Awani