Isnin, Ogos 31, 2015

Tun Mahathir Sertai Bersih 4 Bukan Tolak Barisan Nasional; Demonstrasi Pertama Sepanjang Hayat



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hadir ke perhimpunan Bersih 4 yang diharamkan di Kuala Lumpur bukan sebagai satu manifestasi menolak Barisan Nasional. Kata Dr Mahathir, kehadiran beliau tiada kena mengena dengan menyokong sesiapa atau menyebelahi mana-mana kaum tetapi kerana menegakkan keluhuran undang-undang. "Dulu tak perlu. Kita ada undang-undang. Kita lapor polis, polis ambil tindakan, AG (Peguam Negara) ambil tindakan," katanya ketika ditemui media semasa 'bersiar-siar' di Pasar Seni sempena Himpunan Bersih 4 yang diharamkan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, beliau menegaskan Barisan Nasional masih menguasai majoriti Dewan Rakyat sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak turun kuasa. Dr Mahathir turut mengakui Bersih 4 merupakan demonstrasi jalanan yang pertama disertai beliau sepanjang hayatnya. Ini merupakan hari kedua beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turun ke kawasan peserta Bersih 4 berhimpun. - Awani


1 Komentar:

Write Komentar