Ahad, Ogos 30, 2015

Tun Mahathir Bertindak Di Luar Batasan - Hishammuddin



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan apabila menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih semalam, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.Beliau berkata, tindakan bekas perdana menteri itu tidak mencerminkan gesaannya pada 1998 untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan."Bagi saya, beliau (Dr Mahathir) telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi perdana menteri."Ketika zaman pentadbirannya, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini. - Awani